Niaga IT

Jom berNiaga IT

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

Saya membeli buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang kerana 2 perkara. Yang pertama, ianya ditulis oleh Mohd. Fadzilah Kamsah (Dato’, Dr.) dan yang kedua, perkataan Usahawan Terbilang (cuba google usahawan terbilang). Buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang ini, hasil catatan Mohd. Fadzilah Kamsah dan diterjemahkan ke buku oleh Muhammad zakaria. Buku ini diterbitkan pada April 2008 dan saya bertuah kerana berpeluang untuk memilikki semasa ianya masih panas.

Secara umumnya buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang ini setebal 234 mukasurat dan berkulit keras ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Kandungan buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang agak padat. Ia tidak begitu formal dan sesuai untuk dibaca secara santai. Apa yang saya gemar pada buku ini, ialah gabungan formula yang disesuaikan dengan Usahawan Muslim. Membaca buku ini memberi sedikit refreshment kepada saya. Ketenangan yang sudah semakin hilang…

Saya petik sedikit dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang tersebut. (muka surat 148 – 157)
Punca-punca Usahawan Yang Bermasalah
1. Ingkar (tidak menepati janji kepada Tuhan, pasangan, kawan, ibubapa…)
2. Jahil
3. Bodoh sombong
4. Tidak beramal dengan ilmu
5. Matlamat tidak murni
6. Matlamat tidak jelas
7. Kurang ilmu
8. Silap kawan (pilih kawan dan berkawan)
9. Jiwa rapuh
10. Nak cepat kaya
11. Ada sifat iri hati
12. Sifat malas
13. Kurang usaha
14. Memandai-mandai
15. Tidak mendengar pandangan pelanggan
16. Tindakan susulan lemah
17. Penampilan diri kurang karismatik
18. Gagal menarik hidayah Allah S.W.T.
19. Tidak berdisiplin
20. Tidak menghormati pelanggan
21. Tidak mengamalkan petua-petua murah rezeki.

Buku ini berharga RM39.90 dan sangat berbaloi dengan ilmu yang akan kita dapat. Sekali lagi, (macam iklan ler..) Langkah Bijak Usahawan Terbilang.

Langkah Bijak Usawan Terbilang : Bab Pilihan

Salam,

Lorry Chomel

14 Mei 2008 Posted by | buku, buku motivasi, buku pengurusan | , | Tinggalkan Komen

Pusat Komputer Berinternet – Kurang RM10k ??

Pusat Komputer Berinternet – Kurang RM10k ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya tertarik kepada satu signature yang pernah saya jumpa. Persoalan ini juga sering dibaca di forum-forum lain. Membina Cyber Cafe Dengan Modal RM10,000. Bunyinya agak sukar, namun begitu masih terdapat cara untuk memulakan perniagaan cyber cafe dengan modal kurang 10 ribu.

Istilah cyber cafe agak kurang tepat dengan perniagaan. Sepatutnya ianya dinamakan Pusat Internet, Pusat Permainan Rangkaian atau sekurang-kurangnya Pusat Komputer Berinternet. Namun begitu, istilah Cyber Cafe atau CC ni sudah sinonim dengan perniagaan pusat komputer berinternet.

Tinggalkan pasal istilah. (sebenarnya istilah CC ni agak digeruni oleh pihak berkuasa tempatan..) Bagaimana hendak setup Pusat Komputer Berinternet (PKB) dengan kos kurang dari 10 ribu. Pelbagai idea telah dilontarkan dan yang pastinya ada bagus dan ada yang tidak logik.

Untuk memulakan perniagaan, terdapat tiga jenis kos iaitu
1. Kos sebelum memulakan perniagaan
2. kos semasa memulakan perniagaan
3. kos semasa perniagaan berjalan
4. kos untuk menutup perniagaan. (ada jugak, tapi tak perlu fikir..)

Kos sebelum memulakan perniagaan
- kos untuk membuat kajian pasaran, rancangan perniagaan
- kos untuk pra-lesen

kos semasa memulakan perniagaan
- deposit kedai
- sewa bulan pertama
- surat perjanjian sewa, duti setem
- deposit tnb, air dan telefon
- pemasangan air, telefon, elektrik
- wiring, ubahsuai
- pembelian aset tetap
- pembelian stok

kos semasa (sepanjang) perniagaan berjalan
- sewa bulanan
- bil air, elektrik, telefon, internet
- lesen pbt, ssm
- lesen software, games (bagi yang menjalankan PKB)
- gaji pekerja
- kerosakkan aset
- bayaran balik pinjaman

Begitu banyak perkara dan semuanya memerlukan duit. Apa yang selalunya difikirkan oleh orang yang ingin membuka PKB ni ialah pembelian aset tetap (komputer), sewa dan bil. Perkara-perkara lain jarang difikirkan. Setakat ini post ini. Saya memberikan anda masa untuk berfikir tahap logik untuk membuka PKB dengan modal RM10 ribu.

Salam,

Lorry Chomel

14 Mei 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | , | 1 Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.