Niaga IT

Jom berNiaga IT

Bisness Bermusim, Euro 2008

Bisness Bermusim

Apa ye bisness bermusim?
- Musim hujan – baju hujan, payung, jemuran mudah alih
- musim EURO – jersi, bola, bookie

Sebenarnya ada bisness yang bermusim. Saya teringat pada tahun 2002/2003, saya pernah menjual beberapa kereta kawalan jauh QD (Quick Drive / Ready To Run). Tak tahu kenapa tiba-tiba saja ada musim bermain kereta kawalan jauh. Semua orang ada. Ada yang sampai buka kedai untuk baikpulih dan modified. Namun begitu, musimnya tak panjang. 2-3 bulan selepas tu dah berakhir. Ini boleh dikatakan musim luar jangka…

Ada juga perniagaan yang musimnya boleh dijangka seperti EURO, atau final Piala Malaysia. Pada masa nilah semua orang pakat duk cari jersi gred AAA untuk semua ahli keluarga. Malah ada yang siap pergi beli bola, boot dan main di padang-padang berhampiran. Kejohanan peringkat taman yang sebelum ni takde orang tengok, agak ramai yang turun. Siap ada orang jual aiskrim lagi.

Perniagaan berasaskan IT jarang ada yang bermusim. Namun begitu ada juga yang diluar jangka. Apabila Ipod Shuffle diperkenalkan, semua orang duk cari china made ipod shuffle look alike. Selepas tu, semua duk upgrade kepada nano dan seterusnya mungkin iphone clone.

Untuk terlibat dengan bisness bermusim ni, anda mesti dalam keadaan sedia. Baik dari segi kewangan dan juga idea. Bila tiba musim tersebut, terus ON. Kalau lambat masuk, market dah tiada. Bisness bermusim memang boleh buat duit. Tengok ajer peniaga pada bulan Ramadhan…. berniaga sebulan, makan setahun…

28 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, rancangan perniagaan | | Tinggalkan Komen

Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bulan Jun sangat padat. Rasa sesak nafas saja. Banyak kerja perlu disiapkan. Adik pula buat keputusan untuk kahwin pada hujung bulan jun. Lagi banyak kerja. Start dengan design kad kahwin, printing dan edar. Ayah dan mak lagi tak menang tangan. Rumah kami satu rumah dicat baru. Gembira benar ayah bila adik nak mengakhiri zaman daranya…

Nak berniaga apa? Sebenarnya perniagaan ialah penyelesaian kepada masalah-masalah orang lain. Orang malas nak cuci dan kemas rumah, adakan perkhidmatan orang gaji. Orang malas nak berasak-asak kat JPJ, adakan perkhidmatan runner ke JPJ.

Saya review satu jenis perniagaan membuat kad kahwin. Kalau baca di web tersebut, pulangan agak lumayan. Sangat lumayan kalau dikira sebagai part time. Saya teringin juga menyertai kursus tersebut, namun begitu masa tak mengizinkan. Satu hari tersembang dengan seorang dealer saya. Katanya, biasa-biasanya orang-orang biasa buat kad kahwin ni dalam 2-3 ratus jer. Jaranglah lebih 1000 keping. Jadi angka-angka yang pernah saya baca mungkin telah dilebihkan… forecast jadi salah atau terlebih.. bila dah meniaga dan tak dapat apa yang di forecast, mulalah gelabah dan fedup. kekadang moral pun boleh jatuh…

Buat kad kahwin memang menguntungkan. Tapi jarang2 ada customer nak 1000 keping. Biasanya 200-300 jer. Kalau kada yang budget 30-50 sen tu memang ada yang tempah sampai 1000 keping. Itulah realitinya.

27 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, rancangan perniagaan, santai | , | Tinggalkan Komen

Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sokongan memang sesuatu yang sangat diperlukan. Sokongan ini terdiri dari bayak pihak seperti keluarga, pembekal, pengangkutan, kewangan dan lain-lain.

Teringat pada masa mula-mula terjun ke alam perniagaan. Beberapa bulan selepas itu, saya menamatkan zaman bujang. Dengan kewangan yang memang sedia nazak, seakan saya menambah lagi masalah. Sebenarnya itu dari segi yang orang boleh nampak. Disebaliknya, hanya Tuhan yang menentukan.

Selepas berkahwin, kewangan saya kembali pulih. Isteri yang bekerja banya membantu dari segi sokongan kewangan dan sokongan moral. Tak banyak, sikit dan kalau tak sikit, ianya banyak. Sokongan moral juga selari dengan sokongan kewangan. Mungkin ahli keluarga anda tidak dapat memberikan sokongan kewangan, tetapi kaya dengan sokongan moral.

Ada kawan bercerita. Betapa sakitnya dia berniaga apabila tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga. Yelah, dengan kelulusan degree, memang senang nak dapat gaji sekitar 2-3k sebulan tapi kawan saya ambik keputusan berhenti bekerja dan kerja sendiri. Buat full time baikpulih komputer dari rumah ke rumah. Pada awalnya memanglah pendapatan tak seberapa, namu begitu selepas setahun, sudah mampu menyewa kedai dan mempunyai beberapa pekerja.

Sokongan dari keluarga sangat perlu. Jika tidak, anda akan berasa keseorangan, ditinggalkan, tidak diperdulikan dan lain-lain yang cukup sengsara. Jika ingin berniaga, dapatkan sokongan keluarga. Terangkan dengan tepat apa yang anda lakukan. Kita bukan perjudikan nasib kita, cuma kita tukar punca rezeki kita. Kalau sudah ditakdirkan, dalam kuali bertemu juga…

26 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, rahsia kejayaan, rancangan perniagaan | , | Tinggalkan Komen

Niaga IT Di Talian (Online)

Berniaga Online

Berniaga Online? Kalau kita baca di mana-mana biasanya berniaga online ni seperti jual e-book, jual skim itu dan skim ini. Bagi saya perniagaan sebegini bukan perniagaan tradisional. Ia tidak boleh ditangani dengan kaedah-kaedah tradisional. Saya tak berminat untuk menjual e-book atau apa-apa skim.

Saya pernah mengusahakan satu perniagaan online. Saya pilih satu barang sahaja iaitu memory product dari jenama Kingston. Margin telah saya tetapkan pada RM8 untuk setiap produk. Pada mulanya memang mendapat sambutan seperti yang dirancang. Lama-kelamaan, terdapat banyak persaingan. Harga semakin menjunam, dan saya mula berhenti dari meniaga secara online.

Saya check semula perancangan saya.
- Saya dapati meniaga online memerlukan komitmen yang tinggi.
- Selain dari itu, kaedah pemasaran secara tradisional tidak boleh digunakan.
- Persaing baru boleh muncul secara tiba-tiba.
- Kena revise RP setiap masa.

Jika anda ingin berniaga online,
- produk kena unik.
- harga kena tepat.
- penghantaran ontime.
- proses tukaran?
- jaminan selepas pembelian.
- serius dengan kerja-kerja yang dibuat.

Selamat Berniaga Di Online…

18 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, usahawan online | , , , | Tinggalkan Komen

Apa Tujuan Berniaga? Untuk Kaya?

Berniaga untuk apa?

“Boleh kaya ke berniaga komputer ni bang? Macam best jer..”. Itulah yang sering saya dengar dari anak-anak muda yang saya temui. Baik diruangan sembang, di forum atau secara real-time. Berniaga untuk apa? Mesti ada tujuan kita berniaga. Saya sendiri bermula dengan tujuan untuk memberikan pekerjaan kepada diri saya sendiri. Selepas tercapai, saya kaitkan dengan tanggungjawab sosial saya.

Kaya? Itu mungkin yang saya fikirkan 10 tahun lepas ketika kali pertama melakar-lakar perancangan perniagaan saya yang pertama. Kini, adalah juga impian untuk kaya tapi setakat mana? Kaya itu reletif. Bagi Pak Abu, 10 ribu dah cukup kaya. Bagi Salleh, bangunan 10 tingkat belum tentu kaya. Yang pasti semua orang setuju, kaya dalam roti, tu memang betul-betul kaya.

Sebelum berniaga kena set sasaran untuk beberapa tahun akan datang. Ada orang dah set untuk 10-20 tahun. Mungkin over planning. Bagi yang berusia kurang dari 25 tahun dan masih belum berumahtangga, sasaran berikut mungkin sesuai untuk anda.

tahun 1 – gaji spm
tahun 2 – gaji sijil
tahun 3 – gaji diploma
tahun 4 – gaji degree
tahun 5 – gaji master
tahun 20 – gaji PM.

Sasaran di atas saya gunakan sebagai guideline saya. Selepas tahun ke 4, saya mengambil setakat gaji kelulusan degree sahaja. Selebihnya, saya gunakan untk perniagaan semula. Berniaga atau apa saja kerja yang kita mulakan mestilah diletakan satu sasaran. Ini supaya kita tahu mana harus dituju.

17 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | | Tinggalkan Komen

Pergi Bercuti, Usahawan Juga Perlukan Rehat

Assalamualaikum…

Sudah agak lama berehat. Saya agak sibuk pada akhir bulan Mei sehinggalah awal bulan ini. Saya baru saja balik dari bercuti. Cukup untuk menenangkan fikiran yang agak kusut..

Harga petrol naik lagi. Kali ini 41%. Saya tak pasti apa yang akan saya buat bagi menampung kenaikkan harga ini. Penggunaan petrol untuk perniagaan saya sekitar RM400 sebulan. Peningkatan 41% menjadikan RM560. Caj pengangkutan seperti courier service mesti naik. Nak tak nak, harga barang terpaksa dinaikan seringgit dua. Itulah kelebihan kepada perniaga. Kita menyanyikan lagu yang sama. Yang sangat perit ialah golongan pengguna yang terpaksa menanggung kenaikkan semua benda disekeliling….

Usahawan juga manusia biasa. Ada masa perlukan rehat yang agak panjang. Asalkan tidak menjejaskan perniagaan, pergilah bercuti. Tengok keadaan ditempat orang dan applykan kepada perniagaan kita. Bila balik dari cuti, otak pun fresh. Kira macam refreshment jugak. Saya biasa jumpa usahawan yang tak pernah bercuti. Hari-hari menghabiskan masa di kedai runcitnya. Sepanjang 10 tahun tu, memang tiada perkembangan langsung. Kedai runcit bolehlah diterima.. kalau pusat komputer yang tiada perubahan sepanjang setahun dua sudah agak ketinggalan zaman.. jadi kepada usahawan IT di luar sana, cutilah sekali-sekala…

16 Jun 2008 Posted by | pengurusan masa, santai | , , | Tinggalkan Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.