Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sokongan memang sesuatu yang sangat diperlukan. Sokongan ini terdiri dari bayak pihak seperti keluarga, pembekal, pengangkutan, kewangan dan lain-lain.
Teringat pada masa mula-mula terjun ke alam perniagaan. Beberapa bulan selepas itu, saya menamatkan zaman bujang. Dengan kewangan yang memang sedia nazak, seakan saya menambah lagi masalah. Sebenarnya itu dari segi yang orang boleh nampak. Disebaliknya, hanya Tuhan yang menentukan.
Selepas berkahwin, kewangan saya kembali pulih. Isteri yang bekerja banya membantu dari segi sokongan kewangan dan sokongan moral. Tak banyak, sikit dan kalau tak sikit, ianya banyak. Sokongan moral juga selari dengan sokongan kewangan. Mungkin ahli keluarga anda tidak dapat memberikan sokongan kewangan, tetapi kaya dengan sokongan moral.
Ada kawan bercerita. Betapa sakitnya dia berniaga apabila tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga. Yelah, dengan kelulusan degree, memang senang nak dapat gaji sekitar 2-3k sebulan tapi kawan saya ambik keputusan berhenti bekerja dan kerja sendiri. Buat full time baikpulih komputer dari rumah ke rumah. Pada awalnya memanglah pendapatan tak seberapa, namu begitu selepas setahun, sudah mampu menyewa kedai dan mempunyai beberapa pekerja.
Sokongan dari keluarga sangat perlu. Jika tidak, anda akan berasa keseorangan, ditinggalkan, tidak diperdulikan dan lain-lain yang cukup sengsara. Jika ingin berniaga, dapatkan sokongan keluarga. Terangkan dengan tepat apa yang anda lakukan. Kita bukan perjudikan nasib kita, cuma kita tukar punca rezeki kita. Kalau sudah ditakdirkan, dalam kuali bertemu juga…
Tiada komen.
Tinggalkan Jawapan
-
Terbaru
- salam usahawan untuk semua
- Jom berzakat…
- Soal Jawab Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe : Optimum Kan Printing
- Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3
- Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet
- Selamat berpuasa kepada pengusaha pusat komputer
- Pusat Komputer Berinternet Kurang RM10,000, part2.
- Update Perniagaan Anda
- Bisness Bermusim, Euro 2008
- Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin
- Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan
- Niaga IT Di Talian (Online)
-
Pautan
-
Arkib
- November 2008 (1)
- September 2008 (5)
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (1)
- Jun 2008 (6)
- Mei 2008 (13)
-
Kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar