Niaga IT

Jom berNiaga IT

Jom berzakat…

Assalamualaikum…

Zakat merupakan rukun ke 4 dalam rukun Islam. Pentingnya zakat ini sehinggakan ianya di fardukan ke atas semua umat Islam. Bukan sekadar zakat fitrah, malah sebagai peniaga Muslim, kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat perniagaan dan zakat harta.

Zakat tidak membebankan. Ianya sekadar 2.5% dari jumlah harta bersih kita. Jika 2.5% dibahagi dengan 12 bulan, ianya sekitar 0.2% sahaja sebulan. Jauh lebih rendah dari mana-mana caj yang dikenakan kerajaan. PTPTN pun kena 1%.

Ringkasan pengiraan Zakat

Jumlah harta (aset yang diniagakan spt stok, pc), tambah

jumlah penghutang tolak

jumlah pemiutang sama dengan

harta bersih kita.

Kalau harta bersih ni lebih dari nisab, (sekitar RM7500), maka dikenakan zakat sebanyak 2.5%.

Semoga rezeki kita akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang. Amin.

25 September 2008 Posted by | santai | | Tinggalkan Komen

Soal Jawab Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe : Optimum Kan Printing

Ni email yang saya terima di lorrychomel@yahoo.com

salam,
saya tertarik dgn idea saudara berkenaan PKB dalam blog NiagaIT.
dua bulan lepas saya baru saja mengambil alih sebuah PKB betul2 di hadapan IPTA.
PKB tersebut mempunyai  18 komputer, tapi hanya 14 saja yang boleh beroperasi. keuntungan bersih setakat ini antara 2-3k, dan saya rasa sumber pendapatan utama adalah printing. PKB ini tak menyediakan permainan (games), sebab fokus saya adalah memberi kemudahan kepada pelajar utk menyiapkan assignment, guna internet dsb.

saya bercadang nak mengoptimumkan pendapatan PKB ini tapi kurang idea untuk mempelbagaikan perniagaan sampingan. mungkin saudara boleh membantu saya dalam hal ini. terima kasih.

Ini ialah jawapan saya..

Jika printing agak penting
1. pastikan printing memang sentiasa jalan.
2. pastikan bekalan toner sentiasa mencukupi. lebih takpe.
3. pastikan bekalan kertas tak putus.
4. kena ada plan B dan C. Mana tahu tertiba printer sakit.

Dan ini pula tips-tips tambahan…

1. Pastikan boleh print melalui network. Memang ada membazir tapi keselesaan pengguna tu agak penting. Kita juga tak perlu layan setiap kastemer yang nak print.

2. Adakan print station. tempat untuk print tanpa perlu menggunakan pc. kastemer ni kekadang, 50 sen pun nak berkira. Kalau setakat berkira saja takpe, ni jenis bawak mulut. Apelah CC abg hensem tu, nak print pun kena guna PC. dah rugi duit kita lima posen.. (cuba bayangkan awek paling cun keluarkan ayat tu…) Dengan adanya print station ni, kastmer yang nak print terus boleh guna kat situ…

3. Print PDF. Kalau kos print anda rendah, boleh cuba buat ni. Biasanya e-book ni tebal saja dah dekat 600 muka surat. kalau dalam seposen tu, memang derang print.

4. buat style mc-d. pergi ambik dan hantar printing ke hostel. tapi timing kena set. contohnya, ambik puluk 10 pagi. hantar pukul 7 malam.. special servis untuk awek cun yang komplen tadi, hantar lewat pun abang sanggup…

5. kurangkan kos printing. kalau dapat jimat 10-20% ok dah. contohnya dengan pakai toner refill, jimat 50% daripada toner compatible. pakai toner compatible jimat 50% daripada toner original…

6. buat double standard. kertas IK, 30sen. kertas double A, 35 sen. Kertas IK, nipis. Double A, tebal walaupun size sama2 80gsm. Kertas IK ada 450 helai, kertas double A ada 500 helai. kos beza dalam 0.5 sen jer tapi anda dapat 5sen sehelai.

7. jual kertas. kertas warna2 tu, beli bundle kat mydin tak seberapa harganya. tapi jual semula, 300% untung…

8. Betul ke printer yang kita pakai tu paling best? Ramai yang pakai printer power-power tapi tak guna sepenuhnya. Dalam manual akan ada spec, berapa usage sebulan. Dari situ kita dapat tahu tahap ke heavy duty printer tu. Apa beza drum asing dan drum sekali pun nak kena tahu jugak.

Kalau betul-betul leh jimatkan 20% kos, sebelum ni untuk 1k, up lagi 200..

Apa yang saya selalu nampak, pusat komputer berinternet atau cyber cafe ni, suka-suka jer takde printing. Kertas habis lah, toner habislah, printer problemlah.

Untuk penambahan perniagaan kena tentukan sendiri. Plan apa nak buat, tengok kos, tengok projeted income, kalau ok, leh teruskan.. Nak tengok apa yang boleh tambah, rajin-rajin lawati cyber cafe yang lain…

Bagi yang nak berkongsi idea, boleh post komen atau terus ke email saya…

24 September 2008 Posted by | mengembangkan perniagaan, pusat komputer berinternet, rancangan perniagaan | , , , | Tinggalkan Komen

Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3

Saya mendapat email seperti di bawah.
Pembacaan yang perlu sebelum pergi lebih jauh
Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet – Part2
Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet – Part1
Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet
Bagi sebuah pusat komputer berinternet atau cyber cafe, kos yang terlalu besar dilaburkan (dileburkan) kepada aset tetap iaitu pembelian komputer. Masalah utama komputer ialah susutnilai yang tinggi dan harga yang cepat turun. Sebab itu saya menggunakan istilah lebur.
assalamualaikum wbt.
 
terlebih dahulu ucapkan selamat berpuasa dan saya kenalkan diri saya rosidin dari banting.
saya tertarik dengan artikel yang sdr bincangkan membuka cybercafe dgn kos 10k.
kebetulan saya sedang mencari cari kertas kerja berkaitan cybercafe.saya sedang bercadang membuka sebuah cybercafe dikawasan banting.
Saya pasti di Banting sudah ada banyak cyber cafe. Jika sudah banyak, maknanya, peluang adalah sangat besar. Ia bermaksud terdapat pasaran yang luas. Namun begitu ia tidak bermakna pasaran boleh ditembusi.
Konsep cyber cafe kurang dari 10k ini mestilah berasaskan kepada pengurangan kos yang sangat drastik.
- Penggunaan komputer terpakai
- Pemilik bekerja sepenuh masa
- Tiada pekerja lain, kalau ada hanya sampingan sahaja.
- Tiada dekorasi gempak.
- Perlu disekalikan dengan perkhidmatan lain.
- Pemilik mampu baikpulih komputer.
- Pemilik tahu untuk membuat network.
Apa saja yang boleh mengurangkan (meniadakan pasti lebih baik)
walaupun pada kasarnya untuk membuka cc ini menelan belanja kos yang agak kasar tapi saya tahu margin keuntungannya sekiranya dibuka dikawasan yang strategi.saya memerlukan rakan yang dapat memberi nasihat dari segi spec komputer/wiring/cybercafe software dll.kesemua itu bermain dikepala saya.bagaimana untuk melaksanakan saya perlukan guide.dan saya percaya bila pelan sudah berjalan kemahiran itu akan ada dgn sendirinya.
Kemahiran ini perlu sebelum memulakan perniagaan. Ini kerana sukar untuk belajar pada masa yang sama memikirkan tentang perkembangan perniagaan. Jika tidak mampu untuk mengupah pekerja, bagaimana untuk belajar?
saya berharap sdr dpt berkongsi idea dan pengalaman agar saya tidak mengeluarkan kos diluar jangkaan.
maka itu bolehkah saya projek yang bakal sdr jalankan?.
bolehkah saya menghubungi sdr utk berkongsi pendapat?.
 
terima kasih.`
Seperti yang saya jelaskan, perniagaan pusat komputer berinternet atau cyber cafe sangat berisiko. Kalau kita lihat, banyak dibuka, banyak juga yang ditutup. Kalau saudara berani meleburkan duit 10,000 dan masa, bukalah.
saya akan sambung mengenai konsep cyber cafe berkos rendah ini dikesempatan yang lain…
Ingat, hanya yang kental berjaya. Jangan ikut rules, kita main diatas rules…

23 September 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet, rancangan perniagaan | , , | Tinggalkan Komen

Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet

Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet

Ramai yang duk tanya pasal spec PC yang patut. Dan dah agak penat forumer menjawab. Antara benda penting yang korang kena tahu sebelum bukak Cyber Cafe dan Pusat Komputer Berinternet ni ialah spec dan harga part. Kalau boleh, harga 3 bulan lepas tu dalam kepala… Kalau harga pun korang tak tahu, camna nak buat costing?

Oklah.. saya tulis semula kat sini, spec dan kebolehan komputer. Tak tepat tapi hampir tepat dah tu. Kalau nak accurate, kena pergi ke kedai dan dapatkan quotation…
Spec 1 : Murah Tapi Power
CPU : Intel Dual Core
Mobo : MSI / ASUS Basic Mobo
Memory : 1GB DDR2
Hard Disk : 160GB Sata
Casing, mouse, keyboard, headset
17″ Refurbish CRT
Harga : RM1,000

Kegunaan
- Internet surfing
- Basic Games

Spec 2 : Boleh Tahan
CPU : Intel Dual Core
Mobo : MSI / ASUS / Intel Mobo
Memory : 2GB DDR2
Hard Disk : 320GB Sata
256MB GF 8400GS 3D Card
Casing, mouse, keyboard, headset
17″ LCD
Harga : RM2,000

Kegunaan
- Internet surfing
- Latest Games At Low Resolution

Spec 3 : Dah power ni..
CPU : Intel Core2 Duo
Mobo : MSI / ASUS / Intel Mobo
Memory : 2GB DDR2
Hard Disk : 500GB Sata
256MB GF 8600GT 3D Card
Casing, mouse, keyboard, headset
19″ LCD
Harga : RM2,500

Kegunaan
- Internet surfing
- Latest Games At Medium Resolution

High spec gaming system will cost more than RM2500.

Others
- Not including original Operating System
- Not including high precision mouse
- Not including gaming mouse & keyboard
- Not including nice cpu case

Ok.. sekarang harga dah dalam kepala.. jadi bolehlah start planning… go.. go.. cyber cafe dan pusat komputer berinternet…

21 September 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, pusat komputer berinternet, rancangan perniagaan | , , | Tinggalkan Komen

Selamat berpuasa kepada pengusaha pusat komputer

Salam..

sudah lama tak update. baik tips ataupun perkembangan terkini. Nak kata sibuk, takdelah sibuk sangat tapi masa agak terbatas serta kurang idea…

saya akan cuba menulis mengenai tips untuk mengambil pekerja secara baik. Hasilnya juga pekerja yang baik. Salah seorang pekerja saya mendapat tawaran kerja yang lebih baik, dan kini saya kekurangan seorang kakitangan yang dedicated…

perkembangan terbaru, saya akan membuat satu projek pusat komputer. Pusat komputer ni akan dimulakan dengan modal sekitar RM15k. Buat masa ini, saya sedang menyiapkan kertas kerja tersebut.

bagi yang ingin bertanya, boleh email terus kepada saya, lorrychomel @…………… yahoo dot com.. buang titik dan space..

akhir sekali, selamat berpuasa. dah nak masuk 2nd half…

15 September 2008 Posted by | santai | | Tinggalkan Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.