Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3
Saya mendapat email seperti di bawah.
Pembacaan yang perlu sebelum pergi lebih jauh
Bagi sebuah pusat komputer berinternet atau cyber cafe, kos yang terlalu besar dilaburkan (dileburkan) kepada aset tetap iaitu pembelian komputer. Masalah utama komputer ialah susutnilai yang tinggi dan harga yang cepat turun. Sebab itu saya menggunakan istilah lebur.
assalamualaikum wbt.terlebih dahulu ucapkan selamat berpuasa dan saya kenalkan diri saya rosidin dari banting.saya tertarik dengan artikel yang sdr bincangkan membuka cybercafe dgn kos 10k.kebetulan saya sedang mencari cari kertas kerja berkaitan cybercafe.saya sedang bercadang membuka sebuah cybercafe dikawasan banting.
Saya pasti di Banting sudah ada banyak cyber cafe. Jika sudah banyak, maknanya, peluang adalah sangat besar. Ia bermaksud terdapat pasaran yang luas. Namun begitu ia tidak bermakna pasaran boleh ditembusi.
Konsep cyber cafe kurang dari 10k ini mestilah berasaskan kepada pengurangan kos yang sangat drastik.
- Penggunaan komputer terpakai
- Pemilik bekerja sepenuh masa
- Tiada pekerja lain, kalau ada hanya sampingan sahaja.
- Tiada dekorasi gempak.
- Perlu disekalikan dengan perkhidmatan lain.
- Pemilik mampu baikpulih komputer.
- Pemilik tahu untuk membuat network.
Apa saja yang boleh mengurangkan (meniadakan pasti lebih baik)
walaupun pada kasarnya untuk membuka cc ini menelan belanja kos yang agak kasar tapi saya tahu margin keuntungannya sekiranya dibuka dikawasan yang strategi.saya memerlukan rakan yang dapat memberi nasihat dari segi spec komputer/wiring/cybercafe software dll.kesemua itu bermain dikepala saya.bagaimana untuk melaksanakan saya perlukan guide.dan saya percaya bila pelan sudah berjalan kemahiran itu akan ada dgn sendirinya.
Kemahiran ini perlu sebelum memulakan perniagaan. Ini kerana sukar untuk belajar pada masa yang sama memikirkan tentang perkembangan perniagaan. Jika tidak mampu untuk mengupah pekerja, bagaimana untuk belajar?
saya berharap sdr dpt berkongsi idea dan pengalaman agar saya tidak mengeluarkan kos diluar jangkaan.maka itu bolehkah saya projek yang bakal sdr jalankan?.bolehkah saya menghubungi sdr utk berkongsi pendapat?.terima kasih.`
Seperti yang saya jelaskan, perniagaan pusat komputer berinternet atau cyber cafe sangat berisiko. Kalau kita lihat, banyak dibuka, banyak juga yang ditutup. Kalau saudara berani meleburkan duit 10,000 dan masa, bukalah.
saya akan sambung mengenai konsep cyber cafe berkos rendah ini dikesempatan yang lain…
Ingat, hanya yang kental berjaya. Jangan ikut rules, kita main diatas rules…
-
Terbaru
- salam usahawan untuk semua
- Jom berzakat…
- Soal Jawab Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe : Optimum Kan Printing
- Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3
- Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet
- Selamat berpuasa kepada pengusaha pusat komputer
- Pusat Komputer Berinternet Kurang RM10,000, part2.
- Update Perniagaan Anda
- Bisness Bermusim, Euro 2008
- Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin
- Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan
- Niaga IT Di Talian (Online)
-
Pautan
-
Arkib
- November 2008 (1)
- September 2008 (5)
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (1)
- Jun 2008 (6)
- Mei 2008 (13)
-
Kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar