Soal Jawab Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe : Optimum Kan Printing
Ni email yang saya terima di lorrychomel@yahoo.com
salam,
saya tertarik dgn idea saudara berkenaan PKB dalam blog NiagaIT.
dua bulan lepas saya baru saja mengambil alih sebuah PKB betul2 di hadapan IPTA.
PKB tersebut mempunyai 18 komputer, tapi hanya 14 saja yang boleh beroperasi. keuntungan bersih setakat ini antara 2-3k, dan saya rasa sumber pendapatan utama adalah printing. PKB ini tak menyediakan permainan (games), sebab fokus saya adalah memberi kemudahan kepada pelajar utk menyiapkan assignment, guna internet dsb.saya bercadang nak mengoptimumkan pendapatan PKB ini tapi kurang idea untuk mempelbagaikan perniagaan sampingan. mungkin saudara boleh membantu saya dalam hal ini. terima kasih.
Ini ialah jawapan saya..
Jika printing agak penting
1. pastikan printing memang sentiasa jalan.
2. pastikan bekalan toner sentiasa mencukupi. lebih takpe.
3. pastikan bekalan kertas tak putus.
4. kena ada plan B dan C. Mana tahu tertiba printer sakit.
Dan ini pula tips-tips tambahan…
1. Pastikan boleh print melalui network. Memang ada membazir tapi keselesaan pengguna tu agak penting. Kita juga tak perlu layan setiap kastemer yang nak print.
2. Adakan print station. tempat untuk print tanpa perlu menggunakan pc. kastemer ni kekadang, 50 sen pun nak berkira. Kalau setakat berkira saja takpe, ni jenis bawak mulut. Apelah CC abg hensem tu, nak print pun kena guna PC. dah rugi duit kita lima posen.. (cuba bayangkan awek paling cun keluarkan ayat tu…) Dengan adanya print station ni, kastmer yang nak print terus boleh guna kat situ…
3. Print PDF. Kalau kos print anda rendah, boleh cuba buat ni. Biasanya e-book ni tebal saja dah dekat 600 muka surat. kalau dalam seposen tu, memang derang print.
4. buat style mc-d. pergi ambik dan hantar printing ke hostel. tapi timing kena set. contohnya, ambik puluk 10 pagi. hantar pukul 7 malam.. special servis untuk awek cun yang komplen tadi, hantar lewat pun abang sanggup…
5. kurangkan kos printing. kalau dapat jimat 10-20% ok dah. contohnya dengan pakai toner refill, jimat 50% daripada toner compatible. pakai toner compatible jimat 50% daripada toner original…
6. buat double standard. kertas IK, 30sen. kertas double A, 35 sen. Kertas IK, nipis. Double A, tebal walaupun size sama2 80gsm. Kertas IK ada 450 helai, kertas double A ada 500 helai. kos beza dalam 0.5 sen jer tapi anda dapat 5sen sehelai.
7. jual kertas. kertas warna2 tu, beli bundle kat mydin tak seberapa harganya. tapi jual semula, 300% untung…
8. Betul ke printer yang kita pakai tu paling best? Ramai yang pakai printer power-power tapi tak guna sepenuhnya. Dalam manual akan ada spec, berapa usage sebulan. Dari situ kita dapat tahu tahap ke heavy duty printer tu. Apa beza drum asing dan drum sekali pun nak kena tahu jugak.
Kalau betul-betul leh jimatkan 20% kos, sebelum ni untuk 1k, up lagi 200..
Apa yang saya selalu nampak, pusat komputer berinternet atau cyber cafe ni, suka-suka jer takde printing. Kertas habis lah, toner habislah, printer problemlah.
Untuk penambahan perniagaan kena tentukan sendiri. Plan apa nak buat, tengok kos, tengok projeted income, kalau ok, leh teruskan.. Nak tengok apa yang boleh tambah, rajin-rajin lawati cyber cafe yang lain…
Bagi yang nak berkongsi idea, boleh post komen atau terus ke email saya…
Tiada komen.
Tinggalkan Jawapan
-
Terbaru
- salam usahawan untuk semua
- Jom berzakat…
- Soal Jawab Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe : Optimum Kan Printing
- Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3
- Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet
- Selamat berpuasa kepada pengusaha pusat komputer
- Pusat Komputer Berinternet Kurang RM10,000, part2.
- Update Perniagaan Anda
- Bisness Bermusim, Euro 2008
- Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin
- Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan
- Niaga IT Di Talian (Online)
-
Pautan
-
Arkib
- November 2008 (1)
- September 2008 (5)
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (1)
- Jun 2008 (6)
- Mei 2008 (13)
-
Kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar