Buka Cawangan Baru Atau Buka Perniagaan Baru?
Salah seorang kawan saya ada bertanya
“Kau rasa baik aku buka cawangan baru atau bukak jer bisnes lain kat sini?”
Saya ambik masa untuk menjawab persoalan tersebut. Saya tak pasti pun apa jawapan yang sepatutnya. Jadi saya jawab seadanya pada masa tersebut…
Saya teringat satu kaedah yang pernah saya belajar kira-kira 20 tahun yang lalu. Saya mengambil subjek elektif Kemahiran Berfikir. (KKB). Subjek ni rasanya hanya diajar di sekolah-sekolah tertentu sahaja dan jangan pulak anda berfikir dengan beratnya, “Bila pulak ada subjek ni kat sekolah aku?”….
Salah satu topik yang saya masih ingat dengan jelas ialah PMI. Plus, Minus, Interesting. Jadi saya akan cuba apply untuk kes sahabat saya ni…
Buka cawangan baru
Plus (kelebihan)
- bidang yang sama
- supplier yang sama, term yang sama, jadi akan dapat kurangkan modal start-up
- barang-barang dari kedua-dua kedai boleh kongsi-kongsi
- stock boleh ambil lagi banyak, supplier boleh turunkan sikit harga
Minus (kekurangan)
- jauh dengan kedai lagi satu. 100km.
Interesting
- Market baru, network baru, besarkan nama perniagaan
Buka bisness baru
Plus
- bidang baru, minat nak explore membuak-buak.
- dekat dengan biz lama
Minus
- bidang baru, kena belajar satu-satu semula
- tiada supplier tetap lagi
- kena buat sistem baru
Interesting
- ???
Dia dengan cepatnya dapat mengisi bahagian buka cawangan baru. Bila tiba bahagian buka bisness baru, dia menulis satu, fikir, tambah lagi satu.
“Aku rasa, bukak cawangan baru lebih menarik…”
Agaknya, betul apa yang dikatakannya. Ruangan interesting untuk buka bisness baru hanya dibiarkan kosong…
Masa saya belajar dulu, saya tak tahu langsung kegunaan topik dan matapelajaran ini. Oleh sebab ianya syarat wajib untuk lulus, saya terpaksa ambil… hari ini, saya cuba apply dan hasilnya agak menarik…
-
Terbaru
- salam usahawan untuk semua
- Jom berzakat…
- Soal Jawab Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe : Optimum Kan Printing
- Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3
- Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet
- Selamat berpuasa kepada pengusaha pusat komputer
- Pusat Komputer Berinternet Kurang RM10,000, part2.
- Update Perniagaan Anda
- Bisness Bermusim, Euro 2008
- Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin
- Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan
- Niaga IT Di Talian (Online)
-
Pautan
-
Arkib
- November 2008 (1)
- September 2008 (5)
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (1)
- Jun 2008 (6)
- Mei 2008 (13)
-
Kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar