Niaga IT

Jom berNiaga IT

Jom berzakat…

Assalamualaikum…

Zakat merupakan rukun ke 4 dalam rukun Islam. Pentingnya zakat ini sehinggakan ianya di fardukan ke atas semua umat Islam. Bukan sekadar zakat fitrah, malah sebagai peniaga Muslim, kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat perniagaan dan zakat harta.

Zakat tidak membebankan. Ianya sekadar 2.5% dari jumlah harta bersih kita. Jika 2.5% dibahagi dengan 12 bulan, ianya sekitar 0.2% sahaja sebulan. Jauh lebih rendah dari mana-mana caj yang dikenakan kerajaan. PTPTN pun kena 1%.

Ringkasan pengiraan Zakat

Jumlah harta (aset yang diniagakan spt stok, pc), tambah

jumlah penghutang tolak

jumlah pemiutang sama dengan

harta bersih kita.

Kalau harta bersih ni lebih dari nisab, (sekitar RM7500), maka dikenakan zakat sebanyak 2.5%.

Semoga rezeki kita akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang. Amin.

25 September 2008 Posted by | santai | | Tinggalkan komen

Selamat berpuasa kepada pengusaha pusat komputer

Salam..

sudah lama tak update. baik tips ataupun perkembangan terkini. Nak kata sibuk, takdelah sibuk sangat tapi masa agak terbatas serta kurang idea…

saya akan cuba menulis mengenai tips untuk mengambil pekerja secara baik. Hasilnya juga pekerja yang baik. Salah seorang pekerja saya mendapat tawaran kerja yang lebih baik, dan kini saya kekurangan seorang kakitangan yang dedicated…

perkembangan terbaru, saya akan membuat satu projek pusat komputer. Pusat komputer ni akan dimulakan dengan modal sekitar RM15k. Buat masa ini, saya sedang menyiapkan kertas kerja tersebut.

bagi yang ingin bertanya, boleh email terus kepada saya, lorrychomel @…………… yahoo dot com.. buang titik dan space..

akhir sekali, selamat berpuasa. dah nak masuk 2nd half…

15 September 2008 Posted by | santai | | Tinggalkan komen

Update Perniagaan Anda

Salam…

Sudah lebih setengah tahun untuk tahun 2008 ini. Menjadi usahawan alaf baru, kita kena peka dengan keadaan sekeliling dan juga update dengan teknologi terbaru.

Pertengahan tahun mungkin masa yang sesuai untuk kita mengetahui status perniagaan kita. Terutamanya perbandingan dengan tahun sudah. Ada peningkatan atau penurunankah?

Julai bulan yang agak sibuk bagi saya. Awal bulan saya menghadiri dua product briefing. Mungkin nama saja berbeza tapi tujuannya agak sama iaitu memberi usahawan IT update mengenai produk-produk terkini.

Selepas menghadirinya, saya dapat sesuatu yang agak berharga. Future market seperti boleh diramal.

28 Julai 2008 Posted by | santai | | Tinggalkan komen

Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bulan Jun sangat padat. Rasa sesak nafas saja. Banyak kerja perlu disiapkan. Adik pula buat keputusan untuk kahwin pada hujung bulan jun. Lagi banyak kerja. Start dengan design kad kahwin, printing dan edar. Ayah dan mak lagi tak menang tangan. Rumah kami satu rumah dicat baru. Gembira benar ayah bila adik nak mengakhiri zaman daranya…

Nak berniaga apa? Sebenarnya perniagaan ialah penyelesaian kepada masalah-masalah orang lain. Orang malas nak cuci dan kemas rumah, adakan perkhidmatan orang gaji. Orang malas nak berasak-asak kat JPJ, adakan perkhidmatan runner ke JPJ.

Saya review satu jenis perniagaan membuat kad kahwin. Kalau baca di web tersebut, pulangan agak lumayan. Sangat lumayan kalau dikira sebagai part time. Saya teringin juga menyertai kursus tersebut, namun begitu masa tak mengizinkan. Satu hari tersembang dengan seorang dealer saya. Katanya, biasa-biasanya orang-orang biasa buat kad kahwin ni dalam 2-3 ratus jer. Jaranglah lebih 1000 keping. Jadi angka-angka yang pernah saya baca mungkin telah dilebihkan… forecast jadi salah atau terlebih.. bila dah meniaga dan tak dapat apa yang di forecast, mulalah gelabah dan fedup. kekadang moral pun boleh jatuh…

Buat kad kahwin memang menguntungkan. Tapi jarang2 ada customer nak 1000 keping. Biasanya 200-300 jer. Kalau kada yang budget 30-50 sen tu memang ada yang tempah sampai 1000 keping. Itulah realitinya.

27 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, rancangan perniagaan, santai | , | Tinggalkan komen

Pergi Bercuti, Usahawan Juga Perlukan Rehat

Assalamualaikum…

Sudah agak lama berehat. Saya agak sibuk pada akhir bulan Mei sehinggalah awal bulan ini. Saya baru saja balik dari bercuti. Cukup untuk menenangkan fikiran yang agak kusut..

Harga petrol naik lagi. Kali ini 41%. Saya tak pasti apa yang akan saya buat bagi menampung kenaikkan harga ini. Penggunaan petrol untuk perniagaan saya sekitar RM400 sebulan. Peningkatan 41% menjadikan RM560. Caj pengangkutan seperti courier service mesti naik. Nak tak nak, harga barang terpaksa dinaikan seringgit dua. Itulah kelebihan kepada perniaga. Kita menyanyikan lagu yang sama. Yang sangat perit ialah golongan pengguna yang terpaksa menanggung kenaikkan semua benda disekeliling….

Usahawan juga manusia biasa. Ada masa perlukan rehat yang agak panjang. Asalkan tidak menjejaskan perniagaan, pergilah bercuti. Tengok keadaan ditempat orang dan applykan kepada perniagaan kita. Bila balik dari cuti, otak pun fresh. Kira macam refreshment jugak. Saya biasa jumpa usahawan yang tak pernah bercuti. Hari-hari menghabiskan masa di kedai runcitnya. Sepanjang 10 tahun tu, memang tiada perkembangan langsung. Kedai runcit bolehlah diterima.. kalau pusat komputer yang tiada perubahan sepanjang setahun dua sudah agak ketinggalan zaman.. jadi kepada usahawan IT di luar sana, cutilah sekali-sekala…

16 Jun 2008 Posted by | pengurusan masa, santai | , , | Tinggalkan komen

selamat datang ke Niaga IT

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupakan catatan pertama saya. Setelah enam tahun terjebak di dalam bidang perniagaan IT ni, saya merasakan agak sesuai untuk saya memulakan laman web ni. Mungkin sudah terlewat bagi ramai orang, tapi bagi MLTR, Better Late Than Never.

Dalam laman web ni saya akan mengutamakan menegnai perniagaan berasaskan IT seperti Pusat Komputer, pusat jualan, pusat baikpulih, pusat internet, pusat Lan/Internet Gaming dan pusat latihan. Saya terlibat secara langsung dengan beberapa perniagaan di atas sejak tahun 2002 lagi. Perniagaan saya sudah didaftarkan sejak 1999 dan saya bermula dengan freelance / homebased pada tahun 2000.

Rasanya cukup buat permulaan ini. Posting seterusnya akan mengusul kemudian.

Salam.

Lorry Chomel

12 Mei 2008 Posted by | santai | | Tinggalkan komen