Niaga IT

Jom berNiaga IT

Kekalkan Rentak Juara Pada 2 Angka…

PIKOM jangka pengembangan perniagaan berasaskan komputer akan terus kekal pada 2 angka. Inilah yang saya baca dalam akhbar beberapa bulan yang lepas.

Bagaimana dengan anda? Berapa kembang anda sekarang? Kalau tahun lepas, jualan sekitar RM800,000, maknanya tahun ni sepatunta projection tu ialah sekitar RM1 juta.. Sepanjang saya berniaga, syukur kerana masih dapat merasa peningkatan jualan melebihi 20% setahun. Saya juga pernah terbaca satu syarikat besar (public listed) yang mengalami pertumbuhan sekitar 33% setahun.

Atas sebab inilah, sepatutnya, anda semua dah mulakan perniagaan berteraskan komputer. Bak kat MLTR, Better Late Than Never…

Saya dapat cerita ni dari seorang kawan.

Man mengusahakan sebuah pusat komputer berinternet (PKB / cyber cafe). Pada awal penubuhannya, semua berjalan lancar. PC ada lebih dari 10 unit. Man ni kerja memang rajin. Man duduk kat bahagian belakang kedai jer dengan isteri dan sorang anaknya.

Cukup jer duit, dia tambah pc sampai ler jumlahnya lebih kurang 20 buah. Pada zaman tu PKB yang ada 20 pc ni dah kira great dah. Spec PIII dengan Ram 128MB kira hebat dah. Pair dengan GFMX200. Customer boleh tahan ramai. Average budak kecik lah. Sebelah malam ramai dewasa. Kat situ ada banyak appartment yang diduduki pekerja asing (expart). Jadi ramailah datang gunakan internet sebelah malam.

Pada satu hari tak tahu camna, Man ni berkenalanlah dengan budak-budak yang main turbo. Ada modal, dia terus masuk turbo. Pomen boleh tahan gak tak berapa power. Lagi satu, turbo ni, kalau silap setting tak ngam. Jadi Man ni duk asyik main turbo. Sanggup pergi Klang (500km) untuk cari halfcut. Duit pun dah banyak habis. Jadi Man pun start jual PC dia. Pergi KL dia cari Pentium II 2nd hand buat ganti.

Masa tu, internet ni kira caj per minit. Memang mahal kiranya. RM1.50 sejam untuk caj internet + dial up. Sehari bukak 14 jam, dah RM21. Sebulan RM600. Bil pun dah start tertunggak. Kawan-kawan dia hari-hari duk nasihat suruh berhenti main keta. Tapi jenis tak makan nasihat… Bil tertunggak dah makin banyak. Telekom pun start potong line. Internet pun takdak. Malam, kosong jer kedai. Budak-budak takpelah layan CS.

Man ni dah terdesak sangat. Dia start jual satu demi satu pc dia. Kalau dulu dia ganti dengan lower spec, tapi kini tak ganti dah… last sekali tinggal dalam 7 pc jer.. dia pun tutup kedai terus… tapi minat dia dalam arena turbo masih membara.

Jadi beberapa kesimpulan dapat saya buat..
– jangan membazir kat perkara-perkara yang tak sepatutnya.
– jangan sampai bil tertunggak.
– gunakan duit untuk perkara penting dulu, hobi last sekali.
– apa gunanya bukak cyber cafe kalau takde internet…

30 Mei 2008 Posted by | cerita2 kegagalan, pengurusan masa, pusat komputer berinternet | , , | Tinggalkan komen

Anda Ada Jadual Kerja?

Setelah beberapa lama bekerja secara tak efektif, saya secara sukarelanya membuat satu jadual untuk diri saya sendiri. Lawak juga kalau difikirkan.. tapi itulah apa yang saya buat. Ringkas jer jadual ni tapi cukup bermakna.

Khamis / Jumaat / Sabtu – Free & Easy
Ahad / Isnin – Kewangan & Operasi
Selasa / Rabu – Marketing & Biz Expanding

* tak guna buat jadual, kalau tak nak ikut…

Jadi lepas ni, saya terpaksa limitkan masa untuk internet…
Kewangan – saya akan updatekan diri dengan kewangan semasa. baki bank terutamanya.
Operasi – saya akan updatekan diri dengan keadaan stok semasa, report jualan mingguan, bulanan, target. saya akan bagi arahan untuk restock.
Marketing – dari report operasi, saya akan buat simple marketing plan. lepas tu bincang semula dan finalize marketing plan untuk situasi tersebut.
Biz expanding – tengok aspek kewangan, kalau ada lebih. tengok operasi, kalau pengembangan perniagaan sekarang agak kurang, dah start kena plan untuk buka cawangan baru.

Kalau dibaca kepada penerangan atas tu, nampak macam ramai pekerja tapi saya bekerja dengan 3 orang lain sahaja. Setiap pekerja ada key tersendiri.

29 Mei 2008 Posted by | pengurusan masa, sumber manusia | , | Tinggalkan komen

Buka Cawangan Baru Atau Buka Perniagaan Baru?

Salah seorang kawan saya ada bertanya
“Kau rasa baik aku buka cawangan baru atau bukak jer bisnes lain kat sini?”
Saya ambik masa untuk menjawab persoalan tersebut. Saya tak pasti pun apa jawapan yang sepatutnya. Jadi saya jawab seadanya pada masa tersebut…

Saya teringat satu kaedah yang pernah saya belajar kira-kira 20 tahun yang lalu. Saya mengambil subjek elektif Kemahiran Berfikir. (KKB). Subjek ni rasanya hanya diajar di sekolah-sekolah tertentu sahaja dan jangan pulak anda berfikir dengan beratnya, “Bila pulak ada subjek ni kat sekolah aku?”….

Salah satu topik yang saya masih ingat dengan jelas ialah PMI. Plus, Minus, Interesting. Jadi saya akan cuba apply untuk kes sahabat saya ni…

Buka cawangan baru
Plus (kelebihan)
– bidang yang sama
– supplier yang sama, term yang sama, jadi akan dapat kurangkan modal start-up
– barang-barang dari kedua-dua kedai boleh kongsi-kongsi
– stock boleh ambil lagi banyak, supplier boleh turunkan sikit harga

Minus (kekurangan)
– jauh dengan kedai lagi satu. 100km.

Interesting
– Market baru, network baru, besarkan nama perniagaan

Buka bisness baru
Plus
– bidang baru, minat nak explore membuak-buak.
– dekat dengan biz lama

Minus
– bidang baru, kena belajar satu-satu semula
– tiada supplier tetap lagi
– kena buat sistem baru

Interesting
– ???

Dia dengan cepatnya dapat mengisi bahagian buka cawangan baru. Bila tiba bahagian buka bisness baru, dia menulis satu, fikir, tambah lagi satu.
“Aku rasa, bukak cawangan baru lebih menarik…”

Agaknya, betul apa yang dikatakannya. Ruangan interesting untuk buka bisness baru hanya dibiarkan kosong…

Masa saya belajar dulu, saya tak tahu langsung kegunaan topik dan matapelajaran ini. Oleh sebab ianya syarat wajib untuk lulus, saya terpaksa ambil… hari ini, saya cuba apply dan hasilnya agak menarik…

29 Mei 2008 Posted by | kemahiran berfikir, memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, rancangan perniagaan | , , , | Tinggalkan komen

Niaga Di Negara China

Niaga Di Negara China

Saya tertarik untuk ke China terutamanya Shenzen atas sebab-sebab untuk explore keadaan niaga di sana. Namun begitu disebabkan kekangan masa dan kewangan yang terhad, jadi terpaksalah saya pending dulu impian ini. Kos ke Shenzen sekitar rm1000 sahaja dengan pesawat air asia.

Baru-baru ini saya terbaca di satu laman web mengenai kursus niaga di china.

Rujuk Link Ini

Merangkumi cara pergi ke China dengan murah,
Bagaimana mengurus Passport dan Visa.
Penginapan yang selamat.
Restaurant Muslim.
Pengakutan domestik.
Cara penyelesaian masalah bahasa,
Kaedah pembayaran wang kepada pembekal.
Kaedah penghantaran duit dari Malaysia.
Kaedah pembukaan akaun bank.
Bagaimana membawa pulang barang melalui pengangkutan laut,
Cara memesan barangan untuk masa depan.
Cara mencari pembekal yang boleh dipercayai.
Melawat tempat-tempat bersejarah Islam
Skim-skim penipuan.
amaran-amaran supaya tidak ditipu.
Dan banyak lagi.

Bonus
Cara mendapatkan produk dari website B2B
Cara membina hubungan perniagaan dengan perniagaan Muslim lain melalui Blue Mosque Fraternity dan PPIM.
Tips-tips meneroka pasaran di Malaysia dan Negara Luar.

Tarikh : 18 Mei
tempat : PPIM, Bukit Keramat, Kuala Lumpur
Harga : RM 300

Hubungi 016-6932481 (Amir) untuk pertanyaan dan pengesahan

25 Mei 2008 Posted by | memulakan perniagaan, peluang niaga | , | Tinggalkan komen

Perniagaan Pusat Komputer Berinternet

Perniagaan Pusat Komputer Berinternet

Perniagaan jenis ini selalu bermain difikiran orang-orang muda. nampak cam senang, mudah dan banyak bagi income.

Jawapan sebenar tak semudah itu. Perniagaan pusat komputer berinternet atau dikenali dengan nama cyber cafe agak sukar mendapat pulangan semula modal. Oleh sebab itu ianya jarang diceburi oleh pelabur yang memahami konsep pelaburan.

Pelaburan ini sangat berisiko tinggi. semua aset tetap (komputer) akan susut nilai sepenuhnya selepas 3 tahun. Jadi ROI mestilah diperolehi sebelum 3 tahun.

cara pengiraan income
income = caj per jam X jumlah pc x jam operasi x hari bekerja x % penggunaan

% penggunaan adalah antara 40 – 60% bergantung kepada lokasi, spec pc dll.
ini adalah penggunaan average, ada sesetengah cc yang mendapat kurang dari 40%. dan ada yang mendapat sehingga 80%.

Projection income average (15jam sehari, 30 hari sebulan)
10 pc – 4200
20 pc – 8000
30 pc – 12000
40 pc – 16000

kos untuk 30-40pc ialah sekitar RM80,000 – RM100,000.

Ada idea lain? jom kongsi…

25 Mei 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | , | Tinggalkan komen

3 Tahun Pertama : Antara Hidup Dan Mati…

Sepanjang pemerhatian saya terhadap perniagaan pusat komputer berinternet (PKB) sepanjang 10 tahun ini, banyak PKB yang tidak mampu bertahan lebih dari 3 tahun. Antara faktor penting yang selalunya diabaikan oleh empunya perniagaan PKB (dan juga perniagaan lain) ialah tidak berdaya maju dalam pengurusan kewangan. Dua faktor kewangan yang sepatutnya anda buat ialah

1. Kurangkan perbelanjaan mengurus.
2. Tingkatkan pendapatan.

Banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus terutamanya bil telefon, gaji, upgrade komputer.
1. Pengiraan gaji secara harian. Dengan ini kita tidak perlu untuk membayar gaji pada hari cuti umum, cuti sakit.
2. Ambil pekerja semasa keadaan mendesak. Kalau tak mendesak, kekalkan jumlah pekerja.
3. Kawal penggunaan telefon. Kadang-kadang ada pekerja menggunakan telefon untuk kegunaan peribadi.
4. Tidak perlu upgrade komputer sehingga keadaan betul-betul memerlukan.
5. Jadikan pekerja anda berfungsi untuk 2 atau lebih bahagian.

Cara untuk mempertingkatkan pendapatan
1. Tambah bidang perniagaan yang tidak mengganggu perniagaan sedia ada.

20 Mei 2008 Posted by | kewangan, memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | , , | Tinggalkan komen

Pengurusan Kerja

Pengurusan Kerja

Bagaimanakah caranya untuk menguruskan kerja-kerja harian? Biasanya, pada mulanya, keadaan perniagaan kita tidaklah terlalu sibuk. Kita masih ada masa untuk main-main internet, layan games, layan movie. Lama-kelamaan tanpa kita sedari, semakin banyak kerja tertunggak. Kadang-kadang sehingga melepasi due date seperti membayar bil, sewa, dan lebih teruk lagi, terlepas meeting bersama bakal pelanggan.

Perniagaan kecil memang begitu. Anda tidak keseorangan dalam hal ini. Bagi perniagaan besar, mereka jarang ada masalah. Boss ada PA sendiri. Company ada accountant, kerani akaun, dan macam-macam jawatan sehinggalah despatch dan pembancuh kopi. Bagi perniagaan kecil, kitalah segalanya. Akulah boss dan akulah kuli.. 🙂

Walaupun anda bos dan anda jugalah pekerja, satu sistem pengurusan masa dan kerja perlu dilakukan. Anda mestilah patuh kepada sistem yang telah anda tetapkan. Berikut ada satu contoh. (biasalah, mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak sesuai untuk anda..)

Senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam minggu tersebut. Bahagiankan kepada 2 kategori utama iaitu dengan due date dan tanpa duedate. Bagi yang mempunyai due date, gunakan sticky note berwarna merah. (urgent…) dan bagi yang tidak mempunyai duedate boleh diletakkan pada sticky note berwarna hijau..

Kerja anda pasti lebih terurus… terlalu banyak kerja sampai tak cukup tangan dan masa? Nanti saya ulas dalam bahagian yang lain…

17 Mei 2008 Posted by | pengurusan masa | Tinggalkan komen

Menggaji Pekerja Pertama…

Menggaji Pekerja Pertama…

Apakah tips untuk menggaji pekerja pertama? Bagaimana kalau pekerja pertama kita buat hal? Persoalan ni memang biasa. Terdapat dua hasil sahaja iaitu, pekerja yang OK atau pekerja yang KO.

Pernah dengar pasal situasi menang-menang? Berikut ialah kaedah yang boleh dicuba.
1. Berikan kontrak sebulan untuk penilaian.
2. Nyatakan berapa gaji yang ditawarkan, samada harian atau bulanan.
3. Selepas 1 bulan, kita boleh reject pekerja tersebut. (atau pekerja tersebut boleh reject kita).

Kalau pekerja tersebut nampak OK, kita boleh tawarkan kerja kepadanya dengan gaji yang lebih munasabah dengan kemahirannya. Kalau rasa-rasa tak berkenan sangat, tak perlulah renew contract tu.

Dengan cara ini pekerja akan show-off semua skill power yang dia ada. Ini bagi memastikan dia terus diterima bekerja dengan gaji yang OK.

17 Mei 2008 Posted by | sumber manusia | Tinggalkan komen

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

Saya membeli buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang kerana 2 perkara. Yang pertama, ianya ditulis oleh Mohd. Fadzilah Kamsah (Dato’, Dr.) dan yang kedua, perkataan Usahawan Terbilang (cuba google usahawan terbilang). Buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang ini, hasil catatan Mohd. Fadzilah Kamsah dan diterjemahkan ke buku oleh Muhammad zakaria. Buku ini diterbitkan pada April 2008 dan saya bertuah kerana berpeluang untuk memilikki semasa ianya masih panas.

Secara umumnya buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang ini setebal 234 mukasurat dan berkulit keras ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Kandungan buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang agak padat. Ia tidak begitu formal dan sesuai untuk dibaca secara santai. Apa yang saya gemar pada buku ini, ialah gabungan formula yang disesuaikan dengan Usahawan Muslim. Membaca buku ini memberi sedikit refreshment kepada saya. Ketenangan yang sudah semakin hilang…

Saya petik sedikit dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang tersebut. (muka surat 148 – 157)
Punca-punca Usahawan Yang Bermasalah
1. Ingkar (tidak menepati janji kepada Tuhan, pasangan, kawan, ibubapa…)
2. Jahil
3. Bodoh sombong
4. Tidak beramal dengan ilmu
5. Matlamat tidak murni
6. Matlamat tidak jelas
7. Kurang ilmu
8. Silap kawan (pilih kawan dan berkawan)
9. Jiwa rapuh
10. Nak cepat kaya
11. Ada sifat iri hati
12. Sifat malas
13. Kurang usaha
14. Memandai-mandai
15. Tidak mendengar pandangan pelanggan
16. Tindakan susulan lemah
17. Penampilan diri kurang karismatik
18. Gagal menarik hidayah Allah S.W.T.
19. Tidak berdisiplin
20. Tidak menghormati pelanggan
21. Tidak mengamalkan petua-petua murah rezeki.

Buku ini berharga RM39.90 dan sangat berbaloi dengan ilmu yang akan kita dapat. Sekali lagi, (macam iklan ler..) Langkah Bijak Usahawan Terbilang.

Langkah Bijak Usawan Terbilang : Bab Pilihan

Salam,

Lorry Chomel

14 Mei 2008 Posted by | buku, buku motivasi, buku pengurusan | , | Tinggalkan komen

Pusat Komputer Berinternet – Kurang RM10k ??

Pusat Komputer Berinternet – Kurang RM10k ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya tertarik kepada satu signature yang pernah saya jumpa. Persoalan ini juga sering dibaca di forum-forum lain. Membina Cyber Cafe Dengan Modal RM10,000. Bunyinya agak sukar, namun begitu masih terdapat cara untuk memulakan perniagaan cyber cafe dengan modal kurang 10 ribu.

Istilah cyber cafe agak kurang tepat dengan perniagaan. Sepatutnya ianya dinamakan Pusat Internet, Pusat Permainan Rangkaian atau sekurang-kurangnya Pusat Komputer Berinternet. Namun begitu, istilah Cyber Cafe atau CC ni sudah sinonim dengan perniagaan pusat komputer berinternet.

Tinggalkan pasal istilah. (sebenarnya istilah CC ni agak digeruni oleh pihak berkuasa tempatan..) Bagaimana hendak setup Pusat Komputer Berinternet (PKB) dengan kos kurang dari 10 ribu. Pelbagai idea telah dilontarkan dan yang pastinya ada bagus dan ada yang tidak logik.

Untuk memulakan perniagaan, terdapat tiga jenis kos iaitu
1. Kos sebelum memulakan perniagaan
2. kos semasa memulakan perniagaan
3. kos semasa perniagaan berjalan
4. kos untuk menutup perniagaan. (ada jugak, tapi tak perlu fikir..)

Kos sebelum memulakan perniagaan
– kos untuk membuat kajian pasaran, rancangan perniagaan
– kos untuk pra-lesen

kos semasa memulakan perniagaan
– deposit kedai
– sewa bulan pertama
– surat perjanjian sewa, duti setem
– deposit tnb, air dan telefon
– pemasangan air, telefon, elektrik
– wiring, ubahsuai
– pembelian aset tetap
– pembelian stok

kos semasa (sepanjang) perniagaan berjalan
– sewa bulanan
– bil air, elektrik, telefon, internet
– lesen pbt, ssm
– lesen software, games (bagi yang menjalankan PKB)
– gaji pekerja
– kerosakkan aset
– bayaran balik pinjaman

Begitu banyak perkara dan semuanya memerlukan duit. Apa yang selalunya difikirkan oleh orang yang ingin membuka PKB ni ialah pembelian aset tetap (komputer), sewa dan bil. Perkara-perkara lain jarang difikirkan. Setakat ini post ini. Saya memberikan anda masa untuk berfikir tahap logik untuk membuka PKB dengan modal RM10 ribu.

Salam,

Lorry Chomel

14 Mei 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | , | 1 Komen