Niaga IT

Jom berNiaga IT

salam usahawan untuk semua

sangat sibuk sejak akhir-akhir ini. saya ada memohon satu kiosk untuk menjual aksesori komputer beberapa bulan lepas. kerja keras untuk semua itu tapi takde rezeki. tak dapat pun kiosk tu..

jadi saya ada sedikit masa untuk menulis semula.. disebab beberapa sebab, saya menerima tawaran seorang rakan untuk co-host di website beliau.

laman web ini boleh anda nikmati di url yang baru

http://niagait.myterengganu.net

Terima kasih kepada
Forum Sembang Orang Terengganu dan TnetComputers kerana menyediakan ruang baru untuk saya.

beberapa email belum sempat saya balas. saya akan cuba untuk membalasnya dalam masa terdekat.

p/s : saya juga sedang menyiapkan rancangan perniagaan pusat komputer. pusat komputer ini dijangka akan dibuka pada 1 januari 2009. tak lama dah tu..

24 November 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, pusat komputer berinternet, rancangan perniagaan | Tinggalkan komen

Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet Dan Cyber Cafe Kurang rm10000 part 3

Saya mendapat email seperti di bawah.
Pembacaan yang perlu sebelum pergi lebih jauh
Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet – Part2
Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet – Part1
Rancangan Perniagaan Pusat Komputer Berinternet
Bagi sebuah pusat komputer berinternet atau cyber cafe, kos yang terlalu besar dilaburkan (dileburkan) kepada aset tetap iaitu pembelian komputer. Masalah utama komputer ialah susutnilai yang tinggi dan harga yang cepat turun. Sebab itu saya menggunakan istilah lebur.
assalamualaikum wbt.
 
terlebih dahulu ucapkan selamat berpuasa dan saya kenalkan diri saya rosidin dari banting.
saya tertarik dengan artikel yang sdr bincangkan membuka cybercafe dgn kos 10k.
kebetulan saya sedang mencari cari kertas kerja berkaitan cybercafe.saya sedang bercadang membuka sebuah cybercafe dikawasan banting.
Saya pasti di Banting sudah ada banyak cyber cafe. Jika sudah banyak, maknanya, peluang adalah sangat besar. Ia bermaksud terdapat pasaran yang luas. Namun begitu ia tidak bermakna pasaran boleh ditembusi.
Konsep cyber cafe kurang dari 10k ini mestilah berasaskan kepada pengurangan kos yang sangat drastik.
– Penggunaan komputer terpakai
– Pemilik bekerja sepenuh masa
– Tiada pekerja lain, kalau ada hanya sampingan sahaja.
– Tiada dekorasi gempak.
– Perlu disekalikan dengan perkhidmatan lain.
– Pemilik mampu baikpulih komputer.
– Pemilik tahu untuk membuat network.
Apa saja yang boleh mengurangkan (meniadakan pasti lebih baik)
walaupun pada kasarnya untuk membuka cc ini menelan belanja kos yang agak kasar tapi saya tahu margin keuntungannya sekiranya dibuka dikawasan yang strategi.saya memerlukan rakan yang dapat memberi nasihat dari segi spec komputer/wiring/cybercafe software dll.kesemua itu bermain dikepala saya.bagaimana untuk melaksanakan saya perlukan guide.dan saya percaya bila pelan sudah berjalan kemahiran itu akan ada dgn sendirinya.
Kemahiran ini perlu sebelum memulakan perniagaan. Ini kerana sukar untuk belajar pada masa yang sama memikirkan tentang perkembangan perniagaan. Jika tidak mampu untuk mengupah pekerja, bagaimana untuk belajar?
saya berharap sdr dpt berkongsi idea dan pengalaman agar saya tidak mengeluarkan kos diluar jangkaan.
maka itu bolehkah saya projek yang bakal sdr jalankan?.
bolehkah saya menghubungi sdr utk berkongsi pendapat?.
 
terima kasih.`
Seperti yang saya jelaskan, perniagaan pusat komputer berinternet atau cyber cafe sangat berisiko. Kalau kita lihat, banyak dibuka, banyak juga yang ditutup. Kalau saudara berani meleburkan duit 10,000 dan masa, bukalah.
saya akan sambung mengenai konsep cyber cafe berkos rendah ini dikesempatan yang lain…
Ingat, hanya yang kental berjaya. Jangan ikut rules, kita main diatas rules…

23 September 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet, rancangan perniagaan | , , | Tinggalkan komen

Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet

Spec Komputer Untuk Rancangan Perniagaan Cyber Cafe Dan Pusat Komputer Berinternet

Ramai yang duk tanya pasal spec PC yang patut. Dan dah agak penat forumer menjawab. Antara benda penting yang korang kena tahu sebelum bukak Cyber Cafe dan Pusat Komputer Berinternet ni ialah spec dan harga part. Kalau boleh, harga 3 bulan lepas tu dalam kepala… Kalau harga pun korang tak tahu, camna nak buat costing?

Oklah.. saya tulis semula kat sini, spec dan kebolehan komputer. Tak tepat tapi hampir tepat dah tu. Kalau nak accurate, kena pergi ke kedai dan dapatkan quotation…
Spec 1 : Murah Tapi Power
CPU : Intel Dual Core
Mobo : MSI / ASUS Basic Mobo
Memory : 1GB DDR2
Hard Disk : 160GB Sata
Casing, mouse, keyboard, headset
17″ Refurbish CRT
Harga : RM1,000

Kegunaan
– Internet surfing
– Basic Games

Spec 2 : Boleh Tahan
CPU : Intel Dual Core
Mobo : MSI / ASUS / Intel Mobo
Memory : 2GB DDR2
Hard Disk : 320GB Sata
256MB GF 8400GS 3D Card
Casing, mouse, keyboard, headset
17″ LCD
Harga : RM2,000

Kegunaan
– Internet surfing
– Latest Games At Low Resolution

Spec 3 : Dah power ni..
CPU : Intel Core2 Duo
Mobo : MSI / ASUS / Intel Mobo
Memory : 2GB DDR2
Hard Disk : 500GB Sata
256MB GF 8600GT 3D Card
Casing, mouse, keyboard, headset
19″ LCD
Harga : RM2,500

Kegunaan
– Internet surfing
– Latest Games At Medium Resolution

High spec gaming system will cost more than RM2500.

Others
– Not including original Operating System
– Not including high precision mouse
– Not including gaming mouse & keyboard
– Not including nice cpu case

Ok.. sekarang harga dah dalam kepala.. jadi bolehlah start planning… go.. go.. cyber cafe dan pusat komputer berinternet…

21 September 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, pusat komputer berinternet, rancangan perniagaan | , , | Tinggalkan komen

Pusat Komputer Berinternet Kurang RM10,000, part2.

Buka Cyber Cafe Dengan Modal RM10,000.00

Kali pertama saya menulis mengenai pusat komputer berinternet dengan kos 10k.

Dan perbincangan mengenainya boleh anda baca di Komuniti CyberCafe Malaysia. Perbincangan agak menarik di sana, anda boleh melawat web tersebut. Dalam logiknya pasti ada tak logik.

Macamana nak berjaya? Kaedah biasa ialah ikut jer kaedah yang biasa usahawan lain buat atau kaedah luar biasa, fikir out of the box. Ambil dua operator mobil, Happy dan UMobile. Pakej yang mereka tawarkan jauh berbeza dari persaing mereka. Mereka menggunakan pendekatan berbeza. Samada berjaya atau tidak. Kalau tak berjaya sekalipun, kaedah mereka pasti akan jadi rujukan.

Begitu juga dengan perniagaan pusat komputer berinternet. Anda boleh gunakan kaedah biasa dengan modal biasa-biasa atau anda boleh fikirkan dengan kreatif. RM10,000 adalah satu modal yang kecil dan sangat sesuai dengan usahawan baru. Kalau rugi pun tak seberapa dan kalau untung, mana tahu mampu pakai kereta mewah…

Link 1, Link 2

6 Ogos 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | , | 1 Komen

Bisness Bermusim, Euro 2008

Bisness Bermusim

Apa ye bisness bermusim?
– Musim hujan – baju hujan, payung, jemuran mudah alih
– musim EURO – jersi, bola, bookie

Sebenarnya ada bisness yang bermusim. Saya teringat pada tahun 2002/2003, saya pernah menjual beberapa kereta kawalan jauh QD (Quick Drive / Ready To Run). Tak tahu kenapa tiba-tiba saja ada musim bermain kereta kawalan jauh. Semua orang ada. Ada yang sampai buka kedai untuk baikpulih dan modified. Namun begitu, musimnya tak panjang. 2-3 bulan selepas tu dah berakhir. Ini boleh dikatakan musim luar jangka…

Ada juga perniagaan yang musimnya boleh dijangka seperti EURO, atau final Piala Malaysia. Pada masa nilah semua orang pakat duk cari jersi gred AAA untuk semua ahli keluarga. Malah ada yang siap pergi beli bola, boot dan main di padang-padang berhampiran. Kejohanan peringkat taman yang sebelum ni takde orang tengok, agak ramai yang turun. Siap ada orang jual aiskrim lagi.

Perniagaan berasaskan IT jarang ada yang bermusim. Namun begitu ada juga yang diluar jangka. Apabila Ipod Shuffle diperkenalkan, semua orang duk cari china made ipod shuffle look alike. Selepas tu, semua duk upgrade kepada nano dan seterusnya mungkin iphone clone.

Untuk terlibat dengan bisness bermusim ni, anda mesti dalam keadaan sedia. Baik dari segi kewangan dan juga idea. Bila tiba musim tersebut, terus ON. Kalau lambat masuk, market dah tiada. Bisness bermusim memang boleh buat duit. Tengok ajer peniaga pada bulan Ramadhan…. berniaga sebulan, makan setahun…

28 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, rancangan perniagaan | | Tinggalkan komen

Jun Yang Sibuk, Bisness Kad Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bulan Jun sangat padat. Rasa sesak nafas saja. Banyak kerja perlu disiapkan. Adik pula buat keputusan untuk kahwin pada hujung bulan jun. Lagi banyak kerja. Start dengan design kad kahwin, printing dan edar. Ayah dan mak lagi tak menang tangan. Rumah kami satu rumah dicat baru. Gembira benar ayah bila adik nak mengakhiri zaman daranya…

Nak berniaga apa? Sebenarnya perniagaan ialah penyelesaian kepada masalah-masalah orang lain. Orang malas nak cuci dan kemas rumah, adakan perkhidmatan orang gaji. Orang malas nak berasak-asak kat JPJ, adakan perkhidmatan runner ke JPJ.

Saya review satu jenis perniagaan membuat kad kahwin. Kalau baca di web tersebut, pulangan agak lumayan. Sangat lumayan kalau dikira sebagai part time. Saya teringin juga menyertai kursus tersebut, namun begitu masa tak mengizinkan. Satu hari tersembang dengan seorang dealer saya. Katanya, biasa-biasanya orang-orang biasa buat kad kahwin ni dalam 2-3 ratus jer. Jaranglah lebih 1000 keping. Jadi angka-angka yang pernah saya baca mungkin telah dilebihkan… forecast jadi salah atau terlebih.. bila dah meniaga dan tak dapat apa yang di forecast, mulalah gelabah dan fedup. kekadang moral pun boleh jatuh…

Buat kad kahwin memang menguntungkan. Tapi jarang2 ada customer nak 1000 keping. Biasanya 200-300 jer. Kalau kada yang budget 30-50 sen tu memang ada yang tempah sampai 1000 keping. Itulah realitinya.

27 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, rancangan perniagaan, santai | , | Tinggalkan komen

Sokongan : Elemen Terpenting Dalam Perniagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sokongan memang sesuatu yang sangat diperlukan. Sokongan ini terdiri dari bayak pihak seperti keluarga, pembekal, pengangkutan, kewangan dan lain-lain.

Teringat pada masa mula-mula terjun ke alam perniagaan. Beberapa bulan selepas itu, saya menamatkan zaman bujang. Dengan kewangan yang memang sedia nazak, seakan saya menambah lagi masalah. Sebenarnya itu dari segi yang orang boleh nampak. Disebaliknya, hanya Tuhan yang menentukan.

Selepas berkahwin, kewangan saya kembali pulih. Isteri yang bekerja banya membantu dari segi sokongan kewangan dan sokongan moral. Tak banyak, sikit dan kalau tak sikit, ianya banyak. Sokongan moral juga selari dengan sokongan kewangan. Mungkin ahli keluarga anda tidak dapat memberikan sokongan kewangan, tetapi kaya dengan sokongan moral.

Ada kawan bercerita. Betapa sakitnya dia berniaga apabila tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga. Yelah, dengan kelulusan degree, memang senang nak dapat gaji sekitar 2-3k sebulan tapi kawan saya ambik keputusan berhenti bekerja dan kerja sendiri. Buat full time baikpulih komputer dari rumah ke rumah. Pada awalnya memanglah pendapatan tak seberapa, namu begitu selepas setahun, sudah mampu menyewa kedai dan mempunyai beberapa pekerja.

Sokongan dari keluarga sangat perlu. Jika tidak, anda akan berasa keseorangan, ditinggalkan, tidak diperdulikan dan lain-lain yang cukup sengsara. Jika ingin berniaga, dapatkan sokongan keluarga. Terangkan dengan tepat apa yang anda lakukan. Kita bukan perjudikan nasib kita, cuma kita tukar punca rezeki kita. Kalau sudah ditakdirkan, dalam kuali bertemu juga…

26 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, rahsia kejayaan, rancangan perniagaan | , | Tinggalkan komen

Niaga IT Di Talian (Online)

Berniaga Online

Berniaga Online? Kalau kita baca di mana-mana biasanya berniaga online ni seperti jual e-book, jual skim itu dan skim ini. Bagi saya perniagaan sebegini bukan perniagaan tradisional. Ia tidak boleh ditangani dengan kaedah-kaedah tradisional. Saya tak berminat untuk menjual e-book atau apa-apa skim.

Saya pernah mengusahakan satu perniagaan online. Saya pilih satu barang sahaja iaitu memory product dari jenama Kingston. Margin telah saya tetapkan pada RM8 untuk setiap produk. Pada mulanya memang mendapat sambutan seperti yang dirancang. Lama-kelamaan, terdapat banyak persaingan. Harga semakin menjunam, dan saya mula berhenti dari meniaga secara online.

Saya check semula perancangan saya.
– Saya dapati meniaga online memerlukan komitmen yang tinggi.
– Selain dari itu, kaedah pemasaran secara tradisional tidak boleh digunakan.
– Persaing baru boleh muncul secara tiba-tiba.
– Kena revise RP setiap masa.

Jika anda ingin berniaga online,
– produk kena unik.
– harga kena tepat.
– penghantaran ontime.
– proses tukaran?
– jaminan selepas pembelian.
– serius dengan kerja-kerja yang dibuat.

Selamat Berniaga Di Online…

18 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, usahawan online | , , , | Tinggalkan komen

Apa Tujuan Berniaga? Untuk Kaya?

Berniaga untuk apa?

“Boleh kaya ke berniaga komputer ni bang? Macam best jer..”. Itulah yang sering saya dengar dari anak-anak muda yang saya temui. Baik diruangan sembang, di forum atau secara real-time. Berniaga untuk apa? Mesti ada tujuan kita berniaga. Saya sendiri bermula dengan tujuan untuk memberikan pekerjaan kepada diri saya sendiri. Selepas tercapai, saya kaitkan dengan tanggungjawab sosial saya.

Kaya? Itu mungkin yang saya fikirkan 10 tahun lepas ketika kali pertama melakar-lakar perancangan perniagaan saya yang pertama. Kini, adalah juga impian untuk kaya tapi setakat mana? Kaya itu reletif. Bagi Pak Abu, 10 ribu dah cukup kaya. Bagi Salleh, bangunan 10 tingkat belum tentu kaya. Yang pasti semua orang setuju, kaya dalam roti, tu memang betul-betul kaya.

Sebelum berniaga kena set sasaran untuk beberapa tahun akan datang. Ada orang dah set untuk 10-20 tahun. Mungkin over planning. Bagi yang berusia kurang dari 25 tahun dan masih belum berumahtangga, sasaran berikut mungkin sesuai untuk anda.

tahun 1 – gaji spm
tahun 2 – gaji sijil
tahun 3 – gaji diploma
tahun 4 – gaji degree
tahun 5 – gaji master
tahun 20 – gaji PM.

Sasaran di atas saya gunakan sebagai guideline saya. Selepas tahun ke 4, saya mengambil setakat gaji kelulusan degree sahaja. Selebihnya, saya gunakan untk perniagaan semula. Berniaga atau apa saja kerja yang kita mulakan mestilah diletakan satu sasaran. Ini supaya kita tahu mana harus dituju.

17 Jun 2008 Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | | Tinggalkan komen

Buka Cawangan Baru Atau Buka Perniagaan Baru?

Salah seorang kawan saya ada bertanya
“Kau rasa baik aku buka cawangan baru atau bukak jer bisnes lain kat sini?”
Saya ambik masa untuk menjawab persoalan tersebut. Saya tak pasti pun apa jawapan yang sepatutnya. Jadi saya jawab seadanya pada masa tersebut…

Saya teringat satu kaedah yang pernah saya belajar kira-kira 20 tahun yang lalu. Saya mengambil subjek elektif Kemahiran Berfikir. (KKB). Subjek ni rasanya hanya diajar di sekolah-sekolah tertentu sahaja dan jangan pulak anda berfikir dengan beratnya, “Bila pulak ada subjek ni kat sekolah aku?”….

Salah satu topik yang saya masih ingat dengan jelas ialah PMI. Plus, Minus, Interesting. Jadi saya akan cuba apply untuk kes sahabat saya ni…

Buka cawangan baru
Plus (kelebihan)
– bidang yang sama
– supplier yang sama, term yang sama, jadi akan dapat kurangkan modal start-up
– barang-barang dari kedua-dua kedai boleh kongsi-kongsi
– stock boleh ambil lagi banyak, supplier boleh turunkan sikit harga

Minus (kekurangan)
– jauh dengan kedai lagi satu. 100km.

Interesting
– Market baru, network baru, besarkan nama perniagaan

Buka bisness baru
Plus
– bidang baru, minat nak explore membuak-buak.
– dekat dengan biz lama

Minus
– bidang baru, kena belajar satu-satu semula
– tiada supplier tetap lagi
– kena buat sistem baru

Interesting
– ???

Dia dengan cepatnya dapat mengisi bahagian buka cawangan baru. Bila tiba bahagian buka bisness baru, dia menulis satu, fikir, tambah lagi satu.
“Aku rasa, bukak cawangan baru lebih menarik…”

Agaknya, betul apa yang dikatakannya. Ruangan interesting untuk buka bisness baru hanya dibiarkan kosong…

Masa saya belajar dulu, saya tak tahu langsung kegunaan topik dan matapelajaran ini. Oleh sebab ianya syarat wajib untuk lulus, saya terpaksa ambil… hari ini, saya cuba apply dan hasilnya agak menarik…

29 Mei 2008 Posted by | kemahiran berfikir, memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan, rancangan perniagaan | , , , | Tinggalkan komen