Niaga IT

Jom berNiaga IT

Pusat Komputer Berinternet – Kurang RM10k ??

Pusat Komputer Berinternet – Kurang RM10k ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya tertarik kepada satu signature yang pernah saya jumpa. Persoalan ini juga sering dibaca di forum-forum lain. Membina Cyber Cafe Dengan Modal RM10,000. Bunyinya agak sukar, namun begitu masih terdapat cara untuk memulakan perniagaan cyber cafe dengan modal kurang 10 ribu.

Istilah cyber cafe agak kurang tepat dengan perniagaan. Sepatutnya ianya dinamakan Pusat Internet, Pusat Permainan Rangkaian atau sekurang-kurangnya Pusat Komputer Berinternet. Namun begitu, istilah Cyber Cafe atau CC ni sudah sinonim dengan perniagaan pusat komputer berinternet.

Tinggalkan pasal istilah. (sebenarnya istilah CC ni agak digeruni oleh pihak berkuasa tempatan..) Bagaimana hendak setup Pusat Komputer Berinternet (PKB) dengan kos kurang dari 10 ribu. Pelbagai idea telah dilontarkan dan yang pastinya ada bagus dan ada yang tidak logik.

Untuk memulakan perniagaan, terdapat tiga jenis kos iaitu
1. Kos sebelum memulakan perniagaan
2. kos semasa memulakan perniagaan
3. kos semasa perniagaan berjalan
4. kos untuk menutup perniagaan. (ada jugak, tapi tak perlu fikir..)

Kos sebelum memulakan perniagaan
– kos untuk membuat kajian pasaran, rancangan perniagaan
– kos untuk pra-lesen

kos semasa memulakan perniagaan
– deposit kedai
– sewa bulan pertama
– surat perjanjian sewa, duti setem
– deposit tnb, air dan telefon
– pemasangan air, telefon, elektrik
– wiring, ubahsuai
– pembelian aset tetap
– pembelian stok

kos semasa (sepanjang) perniagaan berjalan
– sewa bulanan
– bil air, elektrik, telefon, internet
– lesen pbt, ssm
– lesen software, games (bagi yang menjalankan PKB)
– gaji pekerja
– kerosakkan aset
– bayaran balik pinjaman

Begitu banyak perkara dan semuanya memerlukan duit. Apa yang selalunya difikirkan oleh orang yang ingin membuka PKB ni ialah pembelian aset tetap (komputer), sewa dan bil. Perkara-perkara lain jarang difikirkan. Setakat ini post ini. Saya memberikan anda masa untuk berfikir tahap logik untuk membuka PKB dengan modal RM10 ribu.

Salam,

Lorry Chomel

14 Mei 2008 - Posted by | memulakan perniagaan, pusat komputer berinternet | ,

1 Komen »

  1. […] Kali pertama saya menulis mengenai pusat komputer berinternet dengan kos 10k. […]

    Ping balik oleh Pusat Komputer Berinternet Kurang RM10,000, part2. « Niaga IT | 6 Ogos 2008 | Balas


Tinggalkan komen